Selasa, 16 April 2013

Kajibumi dan asal usul bumi

AYAT QUR’AN MENGENAI KAJIBUMI & ASAL-USUL BUMI
Profesor Alfred Kroner: ....dan amat banyak ayat-ayat yang diturunkan pada masa itu dapat dibuktikan, tetapi teknoloji sains moden telah membuka jalan kepada usaha membuktikan apa yang dinyatakan oleh Muhammad s.a.w. sejak 1400 tahun yang lalu.  Kami perkenalkan kepada anda Profesor Alfred Kroner- salah seorang daripada ahli-ahli kajibumi yang paling terkenal di dunia. Beliau ialah seorang Profesor Kajibumi dan Pengerusi Jabatan Kajibumi di Institut Sains-kajibumi, Universiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman. Kami bertemu dengannya dan membentangkan beberapa ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Selepas itu kami berbincang dengan beliau.
          Profesor Kroner berkata: “Setelah mengambil kira banyak persoalan-persoalan dan mengambil kira dari mana datangnya Muhammad s.a.w., di mana baginda ialah seorang Arab badwi, pada hemat saya, tidak munasabah dia mengetahui fakta-fakta seperti permulaan alam semesta, kerana para saintis hanya menemui fakta itu hanya beberapa tahun yang lalu dengan menggunakan cara-cara yang canggih dan terkini.
          Profesor Kroner mengambil contoh ayat Al-Qur’an yang, bagi beliau, menjadi bukti bahawa Al-Qur’an tidak mungkin datang daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Contoh itu ialah mengenai ayat Al-Qur’an yang menegaskan bahawa alam semesta ini pada asal kejadiannya ialah satu. Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Terpuji berfirman (maksud):
          “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayainya bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” [Surah Al-Anbiyaa’, 21: Ayat 30]
          Makna perkataan ‘ratqan’ di dalam ayat ini, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Abbas, Mujaahid, dan lain-lainya (Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mereka), ialah langit dan bumi asalnya melekat atau bercantum, dan kemudiannya mereka dipisahkan. Profesor Kroner menggunakan contoh ini untuk membuktikan bahawa tidak mungkin seorang manusia di zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang tahu mengenai fakta ini.
          Profesor Kroner: ”Seseorang yang tidak tahu ilmu Fizik Nuklear 1400 tahun dahulu tidak mungkin, pada hemat saya, mengehatui bahawa bumi dan langit berasal dari satu benda, atau tahu mengenai banyak lagi persoalan-persoalan yang kita bincangkan tadi.
          Profesor Kroner, pada pengamatan kami, suka berdolak-dalih. Contohnya, kami menyoal beliau tentang keadaan mukabumi Tanah Arab. ”Adakah Tanah Arab dipenuhi pohon-pohon merimbun dan sungai-sungai suatu masa dahulu?” Beliau menjawab: “Ketika Zaman Ais”. Dan sudah diketahui umum bahawa gunung-gunung ais (‘iceberg’) dari Kutub Utara sedang bergerak perlahan-perlahan ke arah selatan. Apabila gunung-gunung ais ini semakin menghampiri Semenanjung Arab, iklimnya akan bertukar dan Tanah Arab akan berubah menjadi salah satu daripada kawasan-kawasan yang paling subur menghijau dan paling tinggi kadar hujannya di dunia. Kami tanya beliau: “Adakah Tanah Arab akan menjadi kawasan yang penuh dengan pohon-pohon menghijau dan sungai-sungai?” Dia menjawab: Ya, itu satu fakta sains”
          Ini mengejutkan, dan kami kurang faham mengapa beliau berkata bahawa itu satu fakta sains sedangkan ianya sesuatu yang belum berlaku. Lantas kami menyoal: “Mengapa?”. Jawab beliau: ”Kerana Zaman Ais yang baru sedang bermula. Dan kita boleh lihat sekali lagi bahawa salji-salji dari Kutub Utara sedang merangkak menuju ke arah selatan. Malahan salji-kutub sedang bergerak mendekati Semenanjung Arab. Kita boleh lihat tanda-tandanya seperti kejadian ribut salji yang telah melanda Utara Eropah dan Amerika setiap musim salji. Ahli sains mempunyai bukti-bukti dan maklumat-maklumat lain yang mengesahkan permulaan satu Zaman Ais baru. Ianya satu fakta sains”.
          Justeru, kami berkata kepadanya: ”Apa yang tuan jelaskan tadi hanya diketahui oleh ahli sains selepas beberapa penemuan-penemuan sains terkini dan dengan bantuan peralatan khas. Tetapi kami sudahpun tahu mengenainya daripada Nabi Muhammad s.a.w. sejak 1400 tahun dahulu. Baginda s.a.w. bersabda (bermaksud):
          “Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah tanah-tanah Arab sekali lagi menjadi subur dan dipenuhi sungai-sungai”.
          Pada ketika itu kami bertanya Profesor Kroner: “Siapa yang memberitahu Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Tanah Arab suatu masa dahulu dipenuhi pohon-pohon dan sungai-sungai?” Beliau terus menjawab: ”Orang-orang Rom”. Ini mengingatkan kami tentang sikap beliau yang suka berdolak-dalih. Kami menyoalnya soalan lain: “Tetapi siapa yang beritahu Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Tanah Arab akan menjadi subur dan dipenuhi sungai-sungai semula suatu hari nanti?” Profesor Kroner nampak malu untuk berdolak-dalih lagi. Apabila beliau bertemu kebenaran, beliau bersedia untuk menyatakan pendiriannya dan beliau menjawab: Fakta ini hanya dapat diberithau kepadanya (Nabi s.a.w.) melalui wahyu dari langit”.
          Akhirnya, selepas perbincangan itu, beliau memberikan komen: Jika anda mengambilkira semua ini dan mengambilkira semua ayat-ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengan bumi dan kejadian bumi dan sains secara amnya, and akan dapati ayat-ayat itu benar belaka. Mereka kini boleh dibuktikan secara saintifik, dan dari satu segi bolehlah kita katakana Al-Qur’an ialah sebuah buku sains ringkas untuk seseorang manusia yang biasa (bukan saintis), dan banyak ayat-ayat tersebut tidak dapat dibuktikan pada masa ia diturunkan, tetapi cara-cara sains moden terkini telah membolehkan pencarian bukti ke atas ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis-hadis baginda s.a.w. sejak 1400 tahun dahulu.
Allah subhanahuwata’ala berfirman (maksud):
          “Al-Qur’an tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam; Dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya tidak lama lagi” [Surah Saad, 38: Ayat 87-88]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

comment